:: klik disini untuk lebih lanjut ::

:: klik disini untuk tutup ::

       
 

 media

Doa, tasbih, selawat mampu ubah ketetapan nasib

SALMAN meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawasanya Baginda bersabda: ¡°Tidak ada yang menolak ketetapan selain doa.¡± Daripada Abdullah bin Umar bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: ¡°Barang siapa yang dibukakan baginya pintu doa, maka dibukakanlah baginya pintu rahmat, tidak ada permintaan yang lebih disukai daripada seorang meminta kesihatan dan bahawasanya doa bermanfaat untuk perkara yang sudah terjadi mahupun belum terjadi dan tidak ada yang menolak ketetapan selain doa maka berdoalah kamu wahai hamba Allah.¡±

Setiap ketetapan boleh berubah dengan doa yang menjadi amalan serta sedekah, sebagaimana diriwayatkan daripada Ali bahawa Rasulullah SAW bersabda: ¡°Sedekah mencegah ketetapan yang sudah dikukuhkan.¡±

Kriteria ketiga yang boleh mengubah ketetapan ialah tasbih dan keempat adalah memperbanyak membaca selawat kepada Nabi.

Kelima, takwa yang menjadi syarat paling kuat untuk memperoleh kebaikan dan mencegah keburukan dari jalan yang tidak dihitungkan.

Allah berfirman bermaksud: ¡°Barang siapa yang bertakwa kepada Allah maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari segala kesulitan dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak dihitungkannya.¡± (Surah at-Thalaq, ayat 2-3)

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: ¡°Barang siapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar bagi segala kesulitan, kelapangan dari segala kegundahan dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak diperhitungkannya.¡±

Seorang lelaki mengadu kepada al-Hasan al-Bashri mengenai hal kekeringan, maka beliau berkata: ¡°Beristighfarlah¡± Kemudian datang orang lain kepadanya mengadukan perihal kefakiran, beliau berkata: ¡°Istighfarlah¡±.

Kemudian datang lagi seorang yang mengadukan kebunnya yang kering, maka beliau berkata: ¡°Istighfarlah¡±. Selepas itu datang seorang yang mengadukan ingin mempunyai keturunan, maka beliau berkata: ¡°Istighfarlah¡±.

Beliau membacakan kepada mereka firman Allah bermaksud: ¡°Maka Aku berkata: ¡°Minta ampunlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Dia akan menurunkan hujan bagimu dari langit. Memberimu harta yang banyak, keturunan dan menjadikan bagimu taman-taman dan sungai-sungai.¡± (Surah Nuh, ayat 10-12)

Resolution Monitor Terbaik: 1024 x 768 (maximize) Mozilla Firefox. emailkan foto, puisi, cerita pendek, berita atau apasahaja ke grazinez@yahoo.com dan berikan bersama nama dan sedikit info mengenainya.

       

 

Sila nyatakan pertanyaan atau masalah anda disini.

 
 
       
                           
        Lawati Galeri terbaru grazine dan kongsi apa sahaja bersama kami :: Nyatakan Pertanyaan anda di Forum Grazine.  

© Grazine design (SA0011926-W) pakar rekaan kad kahwin, video perkahwinan, bunting dan banner. Semua kandungan dan rekaan grafik yang terdapat dilaman web ini adalah hak milik Grazine Design yang telah didaftarkan. Segala suntingan atau cetakan semula tanpa kebenaran dari pihak Grazine Design adalah dilarang sama sekali dan pihak Grazine Design berhak membuat tindakan undang-undang.

www.website-hit-counters.com
http://www.website-hit-counters.com